Tuesday, November 3, 2009

LUKISAN

1.Lukisan ialah salah satu aktiviti penghasilan karya dalam bidang seni halus.
2.Lukisan menyediakan landasan asas untuk berkomunikasi dalam pelbagai cara dan
bidang.
3.Biasanya lukisan menggunakan media kering untuk menghasilkan karya.
4.Penghasilan lukisan bertujuan untuk mengkaji struktur bentuk subjek atau imej yang
dilukis secara teliti.
5.Lukisan akan mengikatkan kita dengan emosi, keintelektualan dan juga spiritual.
6.Lukisan juga boleh menyatakan luahan emosi, intelektual dan spiritual manusia.
7.Lukisan dapat mengembangkan kedua-dua minda dan semangat (spirit).
8.Justeru, lukisan dilakukan sebagai satu cara menghargai penglihatan dan pemikiran
manusia.

SEJARAH LUKISAN
Lukisan awal telah ditemui di dinding-dinding gua yang dihasilkan oleh manusia purba.
Lukisan tersebut berkisar tentang aktiviti kehidupan seharian seperti perburuan dan pengembaraan.Di Malaysia lukisan gua telah dijumpai di Gua Niah, Sarawak dan Gua tambun, Perak.Kebanyakan karya lukisan di dinding gua menggunakan gaya yang sama, iaitu imej binatang digambarkan dengan pelbagai kualiti garisan ringkas dengan komposisi yang hampir sama, iaitu memanjang dan berkumpulan serta menggambarkan pelbagai binatang yang mungkin menjadi hasil buruan untuk makanan mereka pada zaman dulu.

MEDIA
Media dominan ialah media kering seperti pensel dan arang untuk mendapatkan kesan rupa dan bentuk ilusi pada sesuatu permukaan.Penghasilan mestilah memperlihatkan struktur sesuatu benda. Lukisan juga boleh dihasilkan melalui campuran media kering dan media basah. Contohnya, warna pensel dan warna air.Penggunaan media basah seperti warna air juga boleh digunakan tetapi penggunaannya adalah secara terhad dan minimum. Lukisan menitikberatkan kepada penghasilan struktur bentuk sesuatu benda dengan penggunaan pelbagai jenis garisan.

TUJUAN PENGHASILAN
Mengkaji struktur sesuatu benda dengan lebih terperinci menggunakan aplikasi unsur dan prinsip seni reka. Contohnya, memasukkan jalinan dan imbangan pada bentuk yang dilukis.Gambaran awal atau gambaran ringkas sebelum penghasilan imej akhir. Contohnya,lukisan sesuatu imej dihasilkan sebelum penghasilan imej sebenar pada catan.Menerusi lukisan juga boleh dijadikan sebagai sindiran atau komentar sosial dalam sesebuah masyarakat dan ia dapat mempengaruhi psikologi manusia. Contohnya, lukisan kartun yang menyindir sistem sosial dalam sesebuah masyarakat.Lukisan juga dapat dijadikan sebagai luahan emosi dan ekspresi pengkarya melalui tema yang disampaikan melalui imej-mej tertentu.

PRINSIP DAN ELEMEN PENDIDIKAN SENI


1. Harmoni
Harmoni boleh dianggap sebagai faktor kepada pertalian yang teratur – berkaitan dengan bahagian-bahagian di dalam gambar. Pengulangan elemen seperti warna, jalinan, nilai dan sebagainya memberi penyesuaian kepada pertentangan yang wujud. Irama yang stabil wujud apabila unit-unit visual yang teratur diulang-ulang. Harmoni adalah kandungan kesatuan.

Pengulangan bermaksud perkara tertentu yang diulang-ulang. Pengulangan tidak semestinya memerlukan aspek yang sama tatapi boleh juga yang seiras atau hampir sama. Konsep pada corak boleh dianggap sebagai pengulangan. Pengulangan yang biasa pada corak boleh digunakan untuk mencipta harmoni dan irama.Konsep motif hampir berkaitan dengan corak. Perbezaannya apabila satu unit dasar atau corak yang asli diberi pengulangan, ia dirujuk sebagai satu motif. Pengulangan dirujuk kepada kemampuannya menghasilkan irama.


2. Kepelbagaian
Kepelbagaian adalah mengimbangi harmoni. Sedang artis menghasilkan penyatuan kepada harmoni. Dengan kepelbagaian pula artis mencapai aspek individuliti dan minat. Minat merujuk kepada kemampuan membangkitkan perasaan ingin tahu dan mengekalkan perhatian pemerhati. Hal yang membangkitkan minat kepada visual adalah hasil penambahan kepelbagaian kepada komponen bergambar. Kepelbagaian diperolehi dengan penggunaan kontras dan perincian.

Kontras berlaku apabila elemen diulang2 dengan cara menjadikan ia nampak tiada kaitan; beberapa garisan lebar di dalam kawasan yang sempit. Perincian adalah cara lain kepelbagaian atau ketidaksamaan diwujudkan ke bahagian yang ketiadaan menarik di dalam visual. Ia boleh dianggap sebagai penambahan detail atau hiasan di sesuatu bahagian.

3. Imbangan
Di dalam seni kita berhadapan dengan imbangan bagi perkara yang berkaitan dengan tarikan graviti. Kebanyakan karya seni dipandang di dalam orientasi menegak iaitu berhubung dengan pandangan atas, tepi dan bawah. Imbangan bagi kandungan visual diperolehi secara menyeimbangkan tarikan ke bawah graviti komponen tersebut. Contohnya, bola yang yang diletakkan di bahagian atas kawasan gambar menghasilkan keadaan tegang, memberi aggapan bahawa graviti akan menyebabkan bola itu jatuh. Bola yang diletakkan di bawah atau di atas garis dasar menghasilkan keadaan tenang, Tiada tindakan berlaku oleh graviti.

Artis menyeimbangkan keadaan mendatar, menegak dan jejarian dalam semua arah dan posisi. Berbagai faktor seperti posisi, saiz, kadar, sifat, dan arah yang digabungkan dalam elemen, menghasilkan imbangan di dalam karya seni. Sekiranya dua rupa yang sama diletakkan bersebelahan di bahagian kiri gambar, karya itu akan kelihatan tidak seimbang pada bahagian kanan.

4.Kadarbanding
Kadarbanding adalah berkenaan nisbah bahagian-bahagian tubuh individu atau objek. Di dalam karya seni visual, perhubungan bahagian-bahagian tubuh manusia adalah sukar untuk di ukur dengan tepat kerana kadarbanding adalah penilaian peribadi. Bahagian-bahagian dalam kadarbanding ini dianggap berkaitan mengenai keseluruhan dan apabila digabungkan bahagian-bahagian tersebut menghasilkan harmoni dan imbangan.Dengan meletakkan tubuh lelaki di dalam rajah bulatan dan segi empat sama, Leonardo Da Vinci menyiasat tentang perhubungan kadarbanding bagi kepala, badan, tangan dan kaki.

5.Dominan
Sebarang karya seni visual yang menarik mesti mempamerkan kelainan yang menekankan kepada darjah kepentingan bagi berbagai-bagai bahagian. Kelainan ini dihasilkan daripada pertimbangan perantaraan dan kandungan. Biasanya, seniman menggunakan aspek kontra untuk menarik perhatian bagi sesuatu bahagian yang bermakna. Ini membuatkannya dominan.Seniman atau artis harus melihat bahawa setiap bahagian mempunyai darjah kepentingan yang diperlukan. Seniman harus menggabungkan bahagian-bahagian ini dengan darjah kepentingan yang berbagai. Seterusnya kepada pergerakan berirama dan imbangan karya seni. Seniman menggunakan kaedah yang berbeza untuk memperolehi dominan.Figura manusia menjadi fokus tumpuan atau unit-unit yang penting pada karya di atas kerana saiz, warna dan aktiviti mereka.

6.Pergerakan
Tatkala memerhatikan karya seni visual, kita seperti membuat satu pengembaraan. Seniman adalah pengarah yang membuatkan mata pemerhati begerak dengan selesa dan menmperolehi maklumat. Garisan dan rupabentuk (kebiasaannya yang panjang) dan rupabentuk berkontour kebiasaanya memberi penegasan ke arah yang sama.Arca kinetik atau bergerak wujud tetapi kebanyakan arca dan permukaan gambar adalah statik.
Bulatan yang seakan berbuai dan seperti melambung menjana pergerakan persis pendulum.

7.Ekonomi
Artis akan mendapati bahawa jawapan kepada masalah visual yang pelbagai adalah wujudnya kerumitan yang tidak penting. Kadangkala artis hanya melibatkan sesuatu yang penting, menghapuskan penerangan detail, dan mengaitkan perkara tertentu kepada keseluruhan.Ekonomi selalunya berkaitan dengan aspek ‘abstrak’. Abstrak adalah berkaitan dengan proses pengurangan kepada keperluan yang penting, berdasarkan stail ekspresi artis. Ekonomi dapat dilihat di dalam stail seni kontemparari seperti karya Pablo Picasso di bawah.

Kandungan Seni Visual

Subjek, bentuk dan kandungan adalah 3 bahagian asas bagi hasil kerja seni. Merujuk kepada pemahaman secara tradisi subjek adalah berkenaan orang, benda dan tema. Bagaimana pun di dalam karya abstrak, subjek boleh dirujuk sebagai rupa bentuk tertentu berdasarkan elemen seni. Ini bagaimana pun bercanggah dengan dengan pemahaman tentang bentuk yang yang biasa difahami sebagai elemen yang diguna di dalam mencipta karya.

Kandungan didefinasikan sebagai mesej yang hendak diperkembangkan di dalam karya oleh artis dan di interpretasi oleh pemerhati seni. Ada masanya kandungan karya berasal daripada pengalaman peribadi artis. Pengalaman ini amat peribadi di mana ada kalanya sukar untuk pemerhati memahami melainkan mereka mempunyai pengalaman yang sama seperti artis.

1.Subjek
Subjek terdiri daripada orang, benda atau idea. Orang atau benda dapat dilihat dengan jelas tetapi tidak bagi idea. Di dalam karya abstrak atau separuh abstrak, subjeknya mungkin boleh dimengertikan. Tetapi di dalam karya ‘nonobjective’, subjeknya adalah idea yang membentuk karya tersebut dan ia berkomunikasi hanya dengan mereka yang dapat memahami bahasa rupabentuk itu.Subjek adalah sebagai ‘starting point’ untuk motivasi artis. Cara sesebuah karya dipersembahkan atau rupa bentuk yang memberi ekspresi adalah paling penting untuk diambil kira.

2.Bentuk
Merujuk kepada objek seni maksud bentuk digunakan dalam berbagai cara. Bagi sebuah ukiran atau ‘sculpture’, anda boleh menyebut bentuk ukiran, maksudnya jelas. Bentuk juga bermaksud berkenaan dengan akhirnya (latter), keseluruhan fizikal bagi karya seni.Bentuk di dalam ‘sculpture’ ini adalah pada satu bahagian utama, figura individu yang besar.

3.Kandungan
Mesej yang beremosi dan bijaksana di dalam karya seni adalah kandungan, pernyataan, ekspresi atau mood yang dibaca oleh pemerhati – dengan harapan seirama (synchronized) dengan tujuan artis itu.

Bagi kebanyakan orang kandungan terhad kepada gabungan ciri-ciri yang diketahui, biasanya oleh perasaan yang dibangkitkan oleh objek dan idea yang diketahui. Maksud kandungan yang lebih bermakna dan luas tidak hanya dilihat berdasarkan imej tetapi diteguhkan oleh rupabentuk yang dicipta oleh artis. Kandungan seperti ini terdapat di dalam karya abstrak dan yang lebih realistik.Faktor emosi di dalam kandungan bagi fotograf ini adalah jelas. Tetapi artis ini telah memperkembangkan kandungan melalui cara dia mengawal situasi.

Bentuk Dan Susunan Seni Visual


Karya seni yang lengkap mempunyai 3 komponen, subjek, bentuk dan kandungan. Komponen ini bertukar hanya dalam penekanan yang diberi. Apabila kita melihat imej-imej, kita mengambil bahagian dalam membentuk atau menyusun visual. Satu objek adalah dipecahkan kepada elemen-elemen. Sebuah kerusi mungkin dilihat sebagai satu bentuk atau satau kumpulan garisan. Artis adalah pembentuk visual dengan satu perancangan. Mereka menyusun elemen-elemen seperti garisan, rupabentuk, nilai, jalinan dan warna sebagai rangkanya.

Elemen-elemen yang digunakan perlu dikawal dan disatukan. Artis mengurus perkara ini melalui gabungan dasar organisasi: harmoni, kepelbagaian, imbangan, ukuran, kawalan, pergerakan dan ekonomi. Perancangan artis selalunya berdasarkan gabungan gerak hati dan kebijaksanaan.

Kita lihat di sini artis politik ini menggunakan material yang sesuai dan mudah dijangka untuk subjek. Tanpa pengunaan bentuk yang berkesan, apa yang hendak dinyatakan akan kurang penekanannya.

Sejarah Dan Perkembangan Seni visual

Terdapat kepercayaan bahawa pengembara- pengembara Eropah dan Inggeris telah meminta pelukis-pelukis negeri-negeri Selat yang berketurunan Cina atau Melayu untuk melukis gambaran kehidupan tempatan yang bermotifkan flora dan fauna. Ini disebabkan oleh minat mereka atau sebagai rekod sejarah. Lukisan-lukisan dan catan-catan tersebut banyak ditempah oleh pegawai-pegawai Syarikat Hindia Timur yang ditempatkan di Malaya.

Pihak Inggeris telah memperkenalkan genre lukisan/ catan lanskap dalam aliran Realisme, zaman Pre-Raphelites, Turner dan Constable. Ini telah berterusan sehingga abad ke 19 apabile Seni Eropah terutamanya Seni Perancis mula memberi kesannya kepada seluruh rantau dengan pergerakan-pergerakan seni seperti aliran Impresionisme, Kubisme, Surealisme, Futurisme dan Konstruktivisme.

Sumbangan golongan Cina kepada perkembangan seni Malaysia dan Singapura berpunca daripada pendatang dan pelawat Cina seperti Xu Beihong yang telah bermastautin di Pulau Pinang untuk beberapa tahun. Mereka juga telah berkunjung ke Singapura untuk sesuatu jangka masa. Mereka telah menerima pendidikan dalam lukisan berus Cina dan kaligrafi di China.

Pada mulanya penghijrah-penghijrah awal dari China adalah untuk mencari sara hidup. Seni halus tidak pernah difikirkan . Hanya selepas mereka bertapak kukuh dan berjaya dalam kehidupan, barulah terdapat beberapa penghijrahan berdasarkan kretiviti artistik mereka. Terdapat yang terlibat dalam pendidikan Seni dan ada pula yang menjadi pelukis amatur. Antara yang berjaya dalam bidang seni ialah Lee Kah Yeow, Wang Yau, Reverend Chuk Mor, Reverend Pak Yuen, Chai Horng, Chung Hong Kong dan Zhen Wei Sin. Kesimpulannya pada awal tahu 1920an terdapat pelukis yang mempamerkan hasil karyanya. Pameran seni lukis yang terawal di singapura ialah pameran Lian Xiao Oh pada tahun 1924. Disusuli pula dengan pameran pastel He Qui Qo pada tahun 1926.

Aktiviti-aktiviti seni yang awal di Pulau Pinang bermula apabila pengasasan Pulau Pinang pada tahun 1786 oleh Sir Francis Light di bawah Syarikat Hindia timur. Pelukis-pelukis Inggeris yang tinggal di Pulau Pinang gemar melukis pemandangan laut dan keindahan alam semulajadi pulau itu. Kemungkinan terdapat pelukis tempatan yang membekalkan lukisan-lukisan kepada para penaung Syarikat Peniagaan Eropah.

Perkembangan seni lukis moden boleh dikesan sehingga tanuh 1920an semasa kumpulan penang Impressionist ditubuhkan. Kumpulan ini terdiri daripada ekspatriat Eropah yang kebanyakannya merupakan surirumah bangsa Inggeris. Disebabkan sikap-sikap kolonialistik pada masa itu, pelukis-pelukis tempatan Pulau Pinang tidak dibenarkan menyertai Penang Impressionist. Dua orang pelukis tempatan yang diterima menganggotainya ialah Puan Lim Cheng Kung dan Abullah Ariff. Abdullah Arif diterima dalam kumpulan itu kerana perkhidmatan beliau sebagai pendidik seni diperlukan, manakala Puan Lim pula isteri seorang jutawan yang dapat memberi sokongan kewangan.

Tahun 1920an merupakan peringkat yang penting dalam sejarah seni lukis Pulau Pinang. Yong Mun Seng telah datang ke Pulau Pinang dari Singapura dan mendirikan studio seninya. Pelukis pertama yang mengadakan pameran seni lukis di Malaysia adalah Ooi Hwa yang telah mempamerkan karya-karyanya di Pulau Pinang pada tahun 1927. Ooi Hwa dan Lee Cheng Yong mungkin merupakan pelukis pertama yang pergi ke luar negeri untuk mempelajari seni di Akademi Seni Halus Shanghai. SITC (Sultan Idris Training College) ditubuhkan pada tahun 1922. Mata pelajaran Pendidikan Seni diajar di samping subjek-subjek lain. Komponen subjek Pendidikan Seni diajar bersama-sama dengan pertukangan tangan seperti membuat bakul dan lain-lain seni pertukangan rakyat ketika itu.

Sukatan Pelajaran yang digunakan adalah pelajaran menggunakan mengkuang untuk membuat bakul bagi tahun pertama. Mereka dikehendaki mencipta corak-corak baru dengan menggunakan rotan dan buluh. Kerja-kerja tahun pertama disambung pada tahun ke dua dan penggunaan rotan dan buluh adalah lebih meluas lagi pada tahun ke tiga. Buku teks yang digunakan ialah ’Kitab Rajah-rajah Anyaman’ oleh guru anyaman Mr. W. Olaguera.

Penuntut-penuntut diberi pilihan untuk pertukangan kayu bagi melatih membuat perabot-perabot seperti meja kecil, almari buku, tongkat dan sebagainya. Dalam tempoh tiga tahun terdapat enam kelas pertukangan kayu. Pilihan seterusnya adalah menjilid buku di mana hanya sebahagian kecil penuntut tahun tiga sahaja yang mengikutinya. Menganyam jaring bagi permainan bola sepak, hoki dan bola tampar. Pertukangan tanah liat di mana hanya sebilangan penuntut sahaja dipilih untuk belajar membuat tempat bunga, periuk dan lain-lain daripada tanah liat.

Pada tahun 1935, sekumpulan pelukis di Singapura merupakan penuntut Sekolah Seni Halus Shanghai, Sekolah Seni Shanghai dan Universiti. Mereka telah menubuhkan Salon Art Studies Society yang kemudiannya ditukar kepada Persatuan Pelukis-pelukis Cina.

Persatuan ini menumpukan perhatian kepada perlaksaan pameran karya-karya pelukis asing, terutamanya karya pelukis-pelukis HongKong dan Cina. Pelukis tempatan turut diberi peluang untuk meluaskan pengalaman. Pameran tahunan mereka telah menjadi tradisi berterusan tanpa sebarang sekatan melainkan pada tahun-tahun peperangan 1942 hingga 1945. Ramai ahlinya merupakan staf Akademi Seni Halus Nanyang.

Akademi Seni Halus Nanyang diasaskan pada tahun 1938 oleh pengetuanya, Lim Hak Tai. Lim Hak Tai, seorang pelukis ternama dan berwawasan memperkembangkan kesenian dengan menubuhkan institusi yang pertama dan paling lama di Singapura. Di antara pelukis-pelukis terkenal yang menjadi tenaga pengajar ialah Cheong Soo pieng, Georgette Chen Li Ying, Chen Wen His dan Chen Chong Swee. Para pelukis ini telah datang ke Singapura selepas Perang Dunia ke Dua. Mereka dilatih di akademi-akademi Seni di Shanghai, kanton dan Amoy. Mereka juga didedahkan kepada pengaruh modenis aliran-aliran di Paris.

Pelukis-pelukis Nanyang memainkan peranan yang besar dalam perkembangan tradisi seni moden di Malaysia dan Singapura melalui aktiviti-aktiviti mereka. Mereka terkenal kerana menggabungkan konsep Barat dan Timur dalam hasil karya mereka, yang kemudiannya dikenali sebagai Nanyang. Apabila Cheng Yong kembali pada tahun 1932, beliau mengadakan pameran solo di Philomatic Union, Acheen Street. Pameran ini telah memberi kesedaran kepada pelukis-pelukis tempatan yang telah melukis bersendirian dan tidak sedar akan kewujudan pelukis-pelukis lain.

Pada tahun 1936, pelukis-pelukis Cina telah berkumpul di bawah pengaruh Yong Mun Sen, dan menubuhkan Kelab Seni Lukis Cina Pulau Pinang. Di antara pengasas kelab ini termasuklah Lee Cheng Yong sebagai Presiden, Yong Mun Seng sebagai Timbalan Presiden, Quan Kuan Sin sebagai setiausaha, Tay Hooi keat sebagai bendahari dan Kuo Ju Ping, Tan Seng Aun, Tan Gek Khean serta Wan Fee sebagai ahli jawatan kuasa. Mereka telah mengadakan Pameran seni dan Fotografi yang pertama. Kebanyakan karya yang dipamerkan adalah mengikut aliran Realisme Barat dan Post Impressionism di samping beberapa lukisan berus Cina tradisional. Pelukis-pelukis di seluruh Malaysia dan singapura telah diundang untuk menjayakan pameran ini. Pada tahun 1937, kumpulan Penang Impressionist yang mengadakan pameran tahunan secara tetap, telah menjemput ahli-ahli Kelab Seni Lukis Cina pulau Pinang. Jemputan ini amat menggalakkan pelukis-pelukis tempatan memberi sumbangan yang positif. Pameran ini merupakan pameran terakhir Penang Impressionist sebelum dibubarkan sebelum bermulanya Perang dunia Kedua. Kebanyakan ahlinya yang aktif telah pulang ke Eropah atau pun telah dipindahkan.

Kelab Seni Lukis Cina Pulau Pinang telah mengadakan dua atau tiga lagi pameran di bawah pimpinan Lim Cheng Ean (ayah P.G. Lim dan Lim Kean Siew, pengumpul karya seni) dan seterusnya dipimpin oleh Ong Keng Seng. Ketika peperangan, aktiviti-aktiviti pertubuhan terpaksa diberhentikan untuk sementara waktu kerana kawalan keselamatan yang dikenakan di kawasan desa dan pantai. Akhirnya, pertubuhan ini dibubarkan sebelum kemaraan jepun pada tahun 1941. Pada tahun 1949, persatuan seni Singapura telah ditubuhkan oleh beberapa ekspatriat seperti Dr. Gibson-Hill yang mengetuai Raffles Museum and Library, Richard Walker yang merupakan pengetua Seni Sekolah-sekolah Singapura, Francis Thomas iaitu guru Sekolah St Andrews, Suri Mohgani iaitu pelukis tempatan dan Liu Kang yang juga Presiden persatuan tersebut. Walau pun Liu Kang bukan seorang guru seni beliau disanjung tinggi sebagai pelukis yang cekap dan penglibatan aktifnya dalam Persatuan Pelukis Cina dan Persatuan Seni Singapura.

Sejarah Awal Seni Visual Di Malaysia

Persatuan Seni Singapura mengadakan pameran-pameran dan aktiviti-aktiviti seni di dalam dan di luar negeri yang dibuka kepada semua pelukis tanpa mengira bangsa dan darjat. Walker, pelukis mahir aliran Impressionisme telah melatih beberapa pelukis terkemuka seperti Lim Cheng Hoe. Lim diiktiraf sebagai pelukis cat air yang terunggul di mana beliau juga memberi ilham serta menjadi mentor kepada golongan pelukis generasi ini. Lee Man Fong, pelukis penting dalam seni lukis Singapura berhijrah ke Singapura dari Indonesia pada tahun 1967. Dilahirkan di Kanton, China pada 1913, beliau berpindah ke Jakarta pada 1932 dan bekerja sebagai pelukis komersil. Pada tahun 1947, beliau mendapat biasiswa kerajaan Belanda untuk menuntut kesenian di negeri Belanda. Beliau seterusnya dilantik sebagai pelukis Istana Presiden oleh Presiden Sukarno.

Pada Disember, 1941 pendudukan jepun telah mengekang semua aktiviti kebudayaan. Kempeitai iaitu polis tentera Jepun telah mengawasi kumpulan-kumpulan kebudayaan China. Rekod-rekod dan bukti-bukti fotografik lawatan Kelab Seni Lukis China Pulau Pinang telah dibakar sebagai langkah berjaga-jaga. Pada tahun 1945 keseniang di Pulau Pinang telah dihidupkan semula dengan penubuhan Kumpulan Pendidik Seni Pulau Pinang di bawah Jabatan Pendidik Seni, Pulau Pinang. Pada tahun 1948, Tay hooi Keat menjadi warganegara Malaysia pertama yang pergi ke Britain untuk mempelajari seni lukis di Camberwell School of Art. Setelah perang tamat, pusat seni telah beralih dari Paris ke New York. Para pelukis Amerika Syarikat memulakan pergerakan seni seperti Action painting, Ekspressionisme abstrak, Seni Pop, Seni Op, Performance Art, Minimalisme, Seni Konseptual dan sebagainya. Pelukis-pelukis tempatan yang pergi ke luar negeri turut terdedah kepada pelbagai pengaruh aliran seni.

Selepas perang tamat, Pulau Pinang menjadi pusat daya tarikan para pelukis. Frank Sullivan, penaung seni yang terkenal telah menemui Mohd Hoessein Enas di Pulau Pinang pada tahun 1949 dan telah menggesa beliau berpindah ke Kuala Lumpur . Hoession seterusnya menubuhkan Angkatan Pelukis semenanjung dan menjadi tokoh seni kebangsaan yang terkenal. Tahun 1950an

Pada tahun 1952, Majlis Pendidik Seni Pulau Pinang telah ditubuhkan dan diterajui oleh Tay Hooi Keat sebagai pengerusi. Di antara ahli-ahlinya adalah Lee Joo For, Tan Tin Kok, Kim Tong Juan, Tan Lye Hoe dan Chee Wee Sun. Kebanyakan ahli-ahlinya terdiri guru-guru sekolah aliran Bahasa Inggeris. Tay Hooi Keat yang kembali ke Pulau Pinang dari United Kingdom memperkenalkan konsep-konsep baru yang memeranjatkan masyarakat seni lukis tempatan.

Pada tahun 1952 juga Cheong Soo Pieng, Chen Chong Swee, Chen Wen His dan Liu Kang berkunjung ke Bali. Sekembalinya dari Bali mereka mengelolakan pameran bertajuk ’Empat Pelukis Kembali’ yang menyebabkan penciptaan susuk tubuh badan yang dikaitkan dengan seniman Nanyang. Pameran ini telah mendorong ramai pelukis tempatan seperti Khaw Sia membuat lawatan melukis ke Bali. Seterusnya pada tahun 1952 juga, Majlis Kesenian ditubuhkan untuk memberi sokongan, menjaga dan menggiatkan aktiviti-aktiviti dalam pelbagai bidang seni dengan bantuan kerajaan.

Pada tahun 1953, Persatuan Seni Pulau Pinang ditubuhkan di bawah pimpinan Loh Cheng Chuan. Majlis Kesenian Pulau Pinang ditubuhkan pada tahun yang sama dengan souter sebagai Presiden, Tay Hooi Keat sebagai setiausaha dan A Sabapathy sebagai bendahari dan juruaudit. Kedua-dua pertubuhan ini telah mengadakan pameran-pameran seni secara tetap untuk ahli-ahli mereka. Mereka menganjurkan pameran solo untuk para pelukis tempatan serta pelukis luar negara yang membuat lawatan. Wednesday Art Group telah ditubuhkan pada tahun 1952 di Kuala Lumpur oleh Peter Harris. Pada awalnya terdapat kekurangan kegiatan seni yang serius di Kuala Lumpur. Peter Harris merupakan Penguasa Seni di Kementerian Pendidikan dan beliau adalah lepasan sekolah seni di United Kingdom. Beliau memperkenalkan estetik dan teknik seni lukis moden kepada guru-guru dan pelukis muda tempatan yang berminat. Di antara pelukis-pelukis yang mendapat tunjuk ajar dan galakan beliau ialah Patrick Ng, Cheong Lai Tong, Zakariah Noor, Ismail Mustan, Dzulkifli Buyong, Ho Kai Peng, Liu Siat Mooi, Grace Selvanayagam, Phoon Poh Hoon, Jolly Koh dan Syed Ahmad Jamal.

Pada tahun 1954, Persatuan Seni Selangor telah diasaskan oleh ekspatriat dan ahli-ahli seperti Fung Yow Chork, Zakariah Noor, Yong Peng Seng, Chong Hooi Fah, Syed Zainal dan Chong Sing Kwai. Kumpulan ini bertemu seminggu sekali pada hari Khamis di Sekolah Lelaki Methodist untuk membuat catan potret, figuratif, lukisan dan lakaran. Angkatan Pelukis Semenanjung iaitu APS yang kemudiannya dikenali sebagai Angkatan Pelukis Se Malaysia ditubuhkan di Kuala Lumpur pada tahun 1956 oleh Mohd Hossein Enas. APS bertujuan untuk mengumpul serta menyatupadukan pelukis-pelukis Melayu. Ahli-ahlinya telah mencontohi penasihat mereka, Mohd Hoessein Enas yang terkenal kerana potret realistik dalam cat minyak dan pastel. Antara yang terkenal dalam persatuan ini ialah Idris Salam, Mohd Sallehuddin, Sabtu Mohd Yusof, Mazli Mat Som, Ahmad Hassan, Yusof Abdullah dan Zakariah Noor.

Pada tahun 1957, Thursday Art Group telah ditubuhkan di Pulau Pinang dengan matlamat yang sama dengan Wednesday Art Group. Ahli-ahli terdiri daripada Abdullah Ariff, Tay hooi Keat, Kuo Ju Ping, Lee Joo For, Lim Tong Juan dan William K.K. Lau. Mereka memperkenalkan konsep-konsep baru, mengadakan kelas-kelas melukis, sesi perbincangan dan pameran. Menjelang kemerdekaan seni telah menjadi salah satu simbol kepada perpaduan kaum di Malaysia. Persepsi masyarakat terhadap seni telah mula berubah. Seni daripada taraf rendah (kedaerahan) meningkat ke peringkat antarabangsa.

Pada tahun 1957 Frank Sullivan telah dilantik sebagai setiausaha akhbar kepada YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri Malaya yang pertama. Ini membawa kesan yang mendalam dalam perkembangan seni Malaysia kerana usaha-usaha Sullivan yang bersungguh-sungguh untuk memperkenalkan para pelukis tempatan serta karya-karya mereka. Balai Seni Lukis Negara di 109, Jalan Ampang telah dibuka dengan rasminya oleh YTM Tunku Abdul Rahman pada 27 Ogos 1958. Pameran pembukaan telah memaparkan karya-karya Chen Wen His, Cheong Lai Tong, Chuah Thean Teng, Mohd Hoessein Enas, Nik Zainal Abidin, Peter Harris, Patrick Ng, Syed Ahmad Jamal, Tay Hooi Keat dan Yong Mun Sen.

Selain Frank Sullivan yang menjadi setiausaha selama sepuluh tahun, antara yang telah membangunkan Balai Seni Lukis Negara adalah Tan Sri Mubin Sheppard, Tan Sri Ghazali Shafie, Tan Sri Dato’ Azman Hashim, Tan Sri Kamarul Ariffin, Tan Sri Zain Azraii, Professor Ungku Aziz, Puan P.G. Lim dan ramai lagi. Balai Seni Lukis Negara memperolehi koleksi tetapnya secara beransur-ansur. Dua koleksi yang menarik ialah gambar foto burung Dato’ Loke Wan Tho dan Koleksi hasil-hasil kaligrafi dinasti Sung yang didermakan oleh Lee Kah Yeow bernilai 2 juta ringgit.

Nilai Estetika Dan Asas Seni Reka

Estetika
Seni visual juga difahami sebagai sesuatu yang mempunyai nilai estetik. Menurut Herbert Read, seni adalah penghasilan rupa bentuk yang menimbulkan keceriaan, keseronokan dan kesenangan estetik. Kesenangan estetik adalah kesenangan dan keceriaan kepada pihak yang menerima mesej. Menurut Syed Ahmad Jamal estetika berkaitan dengan deria pengamatan terhadap sesuatu perkara atau suasana yang menekankan aspek kesenian atau keindahan, bukan menekankan aspek kegunaannya.

Pengkarya/Pelukis/Pandai Tukang
Setiap hasil seni visual atau produk seni ada agen yang mewujudkannya. Agen itu dikenali sebagai pengkarya, pelukis atau pandai tukang. Tanpa agen ini tiada produk seni.

Asas Seni Reka
Asas seni reka merangkumi aspek elemen dan prinsip rekaan dalam seni tampak. Asas-asas ini mendukung kewujudan produk seni visual itu. Aspek ini juga dikenali sebagai sebahagian daripada bentuk atau form dalam bahasa seni tampak. Produk seni seperti catan umpamanya perlu dihasilkan mengikut peraturan seni reka contohnya ada aturan ruang, imbangan, kontra dan sebagainya. Karya seni yang tidak menggunakan asas seni reka dianggap kurang bermutu. Hasil seni tradisi seperti ukiran juga mementingkan asas rekaanya sendiri.

Asas seni reka ada dua komponen utama iaitu ELEMEN/UNSUR dan PRINSIP. Elemen rekaan termasuklah garisan, rupa, bentuk, ruang, jalinan, dan warna. Prinsip rekaan pula meliputi harmoni, kepelbagaian, kontra, penegasan, imbangan, pergerakan/irama/rentak/pengulangan, kesatuan dan ekonomi. Elemen dan prinsip ini perlu diadun dengan baik oleh seseorang pelukis dalam menghasilkan sesebuah karya seni visual.

Pengalaman Estetik

A. Pengalaman Estetik

Tajuk ini menyatakan tentang pengertian Seni Visual berdasarkan pengalaman estetik dan bagaimana pengalaman itu dapat dikuasai oleh pelajar. Aspek yang terlibat dalam pengalaman estetik ialah aspek pengalaman intelektual dan pengalaman langsung dengan karya seni itu. Kedua-dua bentuk pengalaman ini lebih kepada pendekatan atau methodology dalam penghasilan karya.
Seseorang pelajar atau pelukis boleh menguasai atau mengalami pengalaman estetik melalui pendekatan intelektual dan pendekatan langsung ini.

Pengalaman Intelektual (Proses sebelum penghasilan karya -Pendekatan Intelektual)

Bermaksud penghasilan sesuatu produk seni yang memerlukan proses kajian, pengumpulan maklumat, penguasasaan maklumat daripada pelbagai sumber yang berkaitan dengan produk yang hendak dihasilkan. Hasil maklumat akan dianalisis dan dikaji semula serta dibuat eksperimen tentang kesesuaiannya. Proses mengkaji dan mengumpul maklumat inilah yang dikatakan sebagai pengalaman intelektual. Ia juga melibatkan penerokaan yang berbentuk eksperimen. Melalui pendekatan intelektual seperti ini akan mempertajamkan lagi pengalaman estetik seseorang itu.

Contoh yang paling mudah ialah penghasilan reka bentuk kereta masa depan. Sebelum reka bentuk dihasilkan pelukis hendaklah membuat kajian terlebih dahulu tentang kereta berkenaan dari pelbagai sudut. Kemudian barulah model kereta dibuat. Proses mengkaji tersebut disebut sebagai pengalaman intelektual. Portfolio kerja kursus yang dihasilkan oleh pelajar juga merupakan satu contoh proses pengalaman intelektual. Portfolio merupakan satu proses yang harus dibuat oleh pelajar sebelum menghasilkan produk.

Pengalaman Langsung (Proses membuat karya-proses teknikal)

Pengalaman langsung juga menyumbang kepada pengalaman estetik seseorang itu. Pengalaman langsung atau direct contact ialah satu proses penghasilan produk seni. Berlaku hubungan langsung antara pengkarya dengan karyanya secara sedar. Koordinasi deria berlaku antara mata dengan tangan serta otak. Fikiran (otak) menyatakan tentang sesuatu yang bersifat kreatif. Proses mengindahkan karya berlaku. Proses ini disebut proses artistik.

Penglibatan deria:

Proses membuat karya juga merupakan satu proses teknikal baik pada peringkat permulaan atau peringkat berlangsungnya proses berkarya. Mata merupakan satu aspek deria yang penting dalam proses pengamatan. Melalui proses pengamatan kualiti visual yang ada pada objek seperti jalinan, ruang, ton dan lain-lain dapat dilihat dan diamati. Benda yang dilihat tersebut seterusnya akan ditangkap oleh minda dan kemudian dianalisis. Maklumat yang telah dianalisis tersebut kemudiannya ditapis oleh otak. Berlaku proses penambahan dan pengurangan maklumat yang telah diterima tadi. Kemudian berlaku proses koordinasi antara mata dan otak seterusnya mengalir ke tangan. Maka bermulalah proses membuat karya. Inilah yang disebut sebagai pengalaman langsung dimana semua proses berlaku semasa menghasilkan karya.

Apa Itu Seni Tampak?

1) Menurut Herbert Read, seni adalah penghasilan rupa bentuk yang menimbulkan keceriaan , keseronokan dan kesenangan estetik . Kesenangan estetik adalah kesenangan dan keceriaan kepada pihak yang menerima mesej dan pihak penerima mesej tersebut akan saling bersama menyempurnakan mesej – mesej yang disampaikan . .
Dengan lain perkataan , komunikasi yang berkesan hanya akan berlaku dengan sempurna apabila mesej pengirim dapat diterima dengan tepat oleh sipenerima.

2) Sementara itu , menurut Muslim dalam Kitab Al-Iman , menjelaskan tentang kesenangan estetik dan konsep keindahan sebagai pertemuan antara seseorang yang mempunyai ilmu pengetahuan terhadap mesej atau objek yang ditemui.
- Bagi orang yang mempunyai ilmu seni apabila bertemu dengan objek alam semulajadi
seperti bunga , daun , haiwan dan sebagainya, ia akan dapat mencipta dan melahirkan
manifestasi pemikiran dan perasaannya terhadap objek tersebut melalui karya seni
atau setidak-tidaknya , ia akan dapat menghargai objek tersebut .
- Penyisihan atau penolakan akan berlaku apabila seseorang bertemu dengan objek yang
ia tidak mempunyai pengetahuan tidaklah mempunyai pengetahuan mengenainya .

3) Berlandaskan kepada faktor bahawa kesenangan dan keindahan estetik memerlukan ilmu
dan pengetahuan , tidaklah menghairankan jika dalam mendefinasikan maksud seni
terdapat banyak pendapat yang berbeza . Perbezaan tersebut berlaku disebabkan oleh
beberapa faktor bergantung kepada ,
• Tinggi atau rendahnya ilmu pengetahuan seseorang
• Falsafah , estetik dan pegangan budaya seseorang atau sesuatu bangsa .
• Zaman atau era ( masa )

Lantaran itu terdapat beberapa pendapat mengatakan bahawa seni adalah pernyataan diri (art as self-expression).Mereka yang berpegang kepada pendapat ini beranggapan bahawa Seni Halus iaitu catan , arca lukisan dan cetakan sahajalah yang dapat diterima sebagai seni , kerana melalui aktiviti tersebutlah pernyataan diri dapat dilahirkan dengan bebas .Frank Cizek menyatakan bahawa terdapat daya kreatif yang hebat dalam diri kanak-kanak yang memerlukan jalan keluar untuk menyatakan ekspresi diri .Oleh itu kanak- kanak seharusnya diberi ruang dan peluang untuk melukis tentang apa yang mereka mahu , tentang apa yang mereka lihat dari kaca mata mereka sendiri , bukan melukis tentang apa yang orang lain fikiran .

Berlainan pula dengan pendapat Walter Gropius ( Bayer ,Gropius and Qropius )– German Bauhaus (1991 ) yang berpendapat bahawa kraf dan rekabentuk adalah seni Halus . Seni seharusnya memberi faedah dan berfungsi kepada kehidupan seharian dan masyarakat bukan sekadar untuk menyatakan hasrat diri .Pada tahun 1930an satu kajian telah dibuat oleh Owatonna Art Education Study Project , University Of Minnesota – mengangkat slogan “ Art , a way of life” iaitu seni Halus tidak seharusnya terasing dengan Seni Gunaan kerana kedua-duanya merangkumi aspek kehidupan .

KRITIKAN TERHADAP KARYA " MONALISA"

KRITIKAN TEORI


Pengkarya: Leornardo Da Vinci

Seni adalah sesuatu yang indah. Pancaran keindahan itu terlihat dalam bahasa, puisi, nyanyian dan dendangan, lukisan dan ukiran, kreativiti kraftangan, silat dan pencak. Indahnya seni menjadikan ia disukai kerana ada unsur harmoni dan syahdu, yang menyebabkan hati menjadi terhibur, perasaan menjadi terusik, lahirnya apresiasi, ada nilai estetika dan timbul rasa halus dan memberikan kepuasan rohaniah yang tinggi. Menerusi karya monalisa yang merupakan karya agung dunia. Banyak kritikan yang dijalankan menerusi kajian yang dilakukan.Ada pelukis dan penulis berpendapat, potret Monalisa tidak mampu disaingi mana-mana potret sehingga kini. Senyuman, lirikan mata dan raut wajahnya menyembunyikan pelbagai perkara yang banyak pengertian. Demikianlah tingginya pujian diberikan kepada Monalisa yang dihasilkan oleh pelukis Leonardo Da Vinci, pelukis Itali yang hidup dalam kurun ke-15 Masihi. Takrif keindahan ialah tafsiran pelukis terhadap modelnya yang duduk di depannya itu untuk dilukis. Pelukis Leonardo da Vinci mengambil masa 5 tahun untuk menyiapkan potret tersebut, dari tahun 1500-1504 dengan tujuan untuk merakamkan konsep kejelitaan yang dikongsi oleh masyarakat Itali pada zaman Renaissance. Ada ahli sejarah seni atau art historian menafsir potret itu sebagai usaha Leonardo untuk mengimbas wajah ibu yang dia tidak kenal. Sebagai anak luar nikah Leonardo telah dipisahkan dari ibunya sejak dia kecil lagi. Semua watak-watak wanita yang dilukisnya mempunyai ciri keayuan ini sebagai tanda betapa rindunya Leonardo kepada ibu kandungnya itu.

Oleh itu, seni mempunyai kehidupannya yang tersendiri dengan kaedahnya yang tersendiri juga. Perkembangan demi perkembangan itu banyak bergantung kepada sturktur dalaman. Ia menentukan kegiatan seni itu boleh berkembang. Gagasan perubahan ini tidak terbatas kepada lukisan dan catan sahaja, tetapi juga berlaku kepada semua bidang seni yang lain. Ia juga merupakan persoalan utama bagi amalan menghayati karya itu sendiri. Penekanan yang diberikan terhadap perkaitan atau hubungannya akan wujud pada keseluruhan karya seni itu. Analisis seni dari strukturalis sama seperti amalan analisis ilmu lain. Pembicaraan yang agak sedikit tentang individu atau benda, tetapi lebih menekankan kaitan di antara perkataan dan bahasa tampak, di antara bahan dengan bahantara, konvensi atau unsur dan antara makna atau isi. Kaitan yang rapat disini ialah di sebalik jalinan yang tidak terlihat dan tersorok yang membolehkan pelukis melukis dan penghayat menghayati serta pengkritik sebagai penilainya pula. Pendekatan seperti ini juga boleh dianggap sebagai analisis sinkronik.

Ramai pelukis dan penulis mengatakan bahawa senyum Monalisa yang cantik dan menawan, lebih-lebih lagi apabila dipandang dan ditenung lama-lama. Kata mereka senyuman Monalisa bagaikan senyuman orang hidup. Lirik matanya bagaikan hidup dan menawan kalbu. Jika ada orang yang menidakkan kecantikan potret Monalisa, maka dikatakan orang itu buta seni, tidak tahu menilai seni lukis.Demikian pujian yang sering diberikan peminat seni lukis dan penulis terhadap potret Monalisa sejak beratus-ratus tahun lalu. Pujian itu tidak kurang juga diberikan penulis dan pelukis tanah air kita ini. Bahkan ada pelukis dan penulis kita yang menganggap potret Monalisa sebagai karya seni yang agung, bermutu tinggi dan tiada bandingannya.Oleh kerana potret itu begitu terkenal, ada orang mengambil kesempatan mencetak dengan banyak dan acapkali dijual sebagai barang hiasan. Mereka menjadikan potret Monalisa sebagai barang dagangan. Begitu juga oleh kerana begitu taksub dan kagum, ada yang meletakkan potret Monalisa dalam bingkai gambar yang cantik dan mahal untuk dijadikan hiasan dalam rumah, sama ada di dalam bilik tetamu ataupun di bilik tidur. Ada yang sanggup membelinya dengan harga yang mahal walaupun mereka tahu lukisan itu tiruan atau fotokopi, bukan yang asal.

Potret Monalisa kini diletakkan di dalam muzium di negara kelahiran pelukisnya sendiri di Itali. Ia dijaga rapi dan diinsurankan pula dengan jutaan ringgit. Oleh sebab itulah harga potret Monalisa kian hari kian tinggi, mungkin mencecah hingga berpuluh-puluh juta ringgit.Oleh itu, faktor penting yang boleh dianggap merangkumi keseluruhan kegiatan kritikan seni ialah faktor strukturalisme. Hal ini dapat menjeniskan situasi bagaimana mendedahkan tema dan konsep dalam sesuatu karya seni itu. Analogi yang dapat difahami di sini ialah konsep penceritaan bahasa seni dari keseluruhannya. Ia memungkinkan timbulnya pelukisan dan pertuturan dari bahantara seni dan senimannya.

Monalisa asalnya adalah dari nama orang yang benar-benar wujud. Dia lahir dan dibesarkan di sebuah bandar kecil bernama Florentine, Milan, Itali. Bandar ini terletak di kawasan berbukit-bukau dengan kegiatan ekonomi utamanya ketika itu ialah pertanian dan ternakan. Beberapa tahun yang lepas, seorang profesor mendakwa dia menemui nota yang ditulis seorang pelukis terkenal, yang menyatakan bahawa potret Monalisa adalah hasil lukisan model terkenal bernama Isabela Gualandi, yang lahir dan dibesarkan di Naples, Itali pada tahun 1491. Isabela Gualandi dikatakan mempunyai hubungan dengan Giuilano de Medici saudara kandung Pope Leo ke-X. Pendapat lain pula mengatakan bahawa Monalisa adalah isteri kedua saudagar Zanobi de Gloconda. Ada kemungkinan Zanobi de Gloconda ini dari kalangan orang Islam dengan berpandukan dua sebab. Pertama, nama Zanobi sendiri adalah seiras dengan nama orang Islam yang ramai terdapat di Itali, sama ada zaman Monalisa masih hidup, mahupun pada masa sekarang yang kebanyakannya sebagai ahli perniagaan. Kekuatan pemerintahan Islam di kawasan berkenaan pada zaman itu memang tidak dapat dinafikan. Keagungan Empayar Othmaniyah yang berpusat di Turki, berkembang hingga ke Balkan dan sekitar Itali serta di sepanyol amat terserlah.

Kemungkinan kedua, Zanobi dikatakan beragama Islam, kerana Monalisa ialah isteri keduanya. Amalan beristeri lebih daripada seorang (poligami) berlaku di kalangan orang Islam kerana Islam sajalah yang membenarkan umatnya berpoligami. Zanobi de Glocondo menjemput Leonardo Da Vinci untuk melukis isteri keduanya itu yang dianggap perempuan tercantik di dunia pada zamannya. Ketika Leonardo belum terkenal sebagai pelukis, dia hanya pelukis amatur yang mendapat upah melukis secara kecil-kecilan. Hasil lukisannya dijual untuk menampung keperluan hidupnya yang tidak seberapa. Leonardo juga menjual lukisannya di kaki lima kedai kepada berminat.

Zanobi de Glocondo dan isterinya ketika itu sedang bersenang-senang di tempat peranginan di kaki pergunungan yang menjadi latar belakang potret Monalisa itu. Dia melihat Leonardo sedang melukis sesuatu, lantas dia meminta dilukis potret isterinya itu.
Lukisan potret Monalisa yang asal berukuran kira-kira 36 inci tinggi dan 20 inci lebar itu memperlihatkan keseluruhan muka, dengan rambut terurai menutupi sebahagian bahunya. Lehernya yang jinjang nampak jelas dengan sebahagian dadanya terbuka. Sesungguhnya gambar ini amat berlawanan dengan nilai dan tradisi bukan sahaja masyarakat Islam, tetapi juga masyarakat Kristian pada masa itu yang masih kuat berpegang dengan nilai moral yang tinggi. Kebnyakan mereka berpakaian menutup aurat. Pada ketika itu semua wanita baik Islam mehupun bukan Islam, tidak berani mendedahkan aurat termasuk rambut. Kini terdapat beberapa pelukis nakal cuba mengubah imej potret Monalisa dengan pelbagai wajah. Misalnya Graham Dean mengubah lukisan Monalisa yang asal dengan cara: Monalisa dilukis dan digambarkan dengan berbadan tikus, Monalisa berbadan gorilla dan lain-lain haiwan. Terdapat juga Monalisa memakai seluar ‘Jean’ ketat dan ada potert Monalisa yang digambarkan dengan kaki terkangkang. Antara yang paling menarik ialah potret Monalisa dengan misai Hitler-tokoh orang yang paling kejam dan ganas dalam dunia menurut pandangan Barat. Disamping itu, terdapat juga ahli perniagaan yang mengeksploitasi wajah dan nama Monalisa untuk melariskan barang jualan mereka seperti minyak wangi, seluar jean dan bedak Bagaimanapun, mengapakah sehingga kini potret Monalisa begitu dikagumi manusia? Adakah dia wanita tercantik pada zaman itu jika dibandingkan dengan wanita lain? Atau banyak agenda yang perlu kita gali untuk mencari rahsia sebenarnya?

Fenomena Estetik

Perasaan untuk merasa keindahan itu adalah keinginan manusia yang semulajadi, sama seperti keinginan untuk merasa selamat, keinginan untuk berumah tangga, keinginan untuk menjadi ibu atau bapa. Setiap budaya menyediakan kaedah supaya orang dapat berkongsi sama pengalaman ketetika tersebut, yakni, pengalaman merasa nikmat, indah, seronok, ceria. Kesemua perasaan yang positif ini memang boleh dirasai secara naluri, yang memerlukan rangsangan berupa bunyi-bunyian, lukisan warna dan kehalusan bahasa. Perasaan keindahan ini adalah satu hal yang luas bidangnya sehingga agak suka untuk memberi kata putus tentang keindahan. Orang perseorangan atau individu selalu berbeza dalam mengira apakah yang indah. Mesti ada consensus atau pendapat umum yang mengesahkan sesuatu bentuk itu indah atau tidak.


Pendekatan Kritikan Seni ( KRITIKAN TEORI)

Kritikan Teori (Theoretical criticism)
Kritikan teori lebih menumpukan kepada aspek teori dan metodologi. Prinsip-prinsip teori akan dikemukakan dengan lebih jelas dan terperinci. Penguasaan ilmu teori bukan sahaja kepada pemahaman tentang unsur-unsur seni, prinsip rekaan dan struktur rekaan semata-mata tetapi lebih jauh daripada itu. Pengkritik seni mestilah menguasai sebanyak mungkin ilmu bantu seperti pendidikan asas senilukis dan senireka, sosiologi, psikologi, falsafah seni, metodologi seni, perkembangan seni pra-sejarah, perkembangan seni eropah dan asia, seni islam selain perkembangan seni tempatan. Malahan pengkritik seni sewajarnya melengkapi ilmu teori ini selari dengan perkembangan seni semasa sama ada berlaku di luar atau dalam negara.

Kritikan jenis ini banyak tertumpu kepada aspek-aspek teori sahaja. Terutamanya ia banyak tertumpu kepada teori-teori seni dan prinsip rekaan. Penguasaan pengkritik terhadap aspek teori mliputi kaedah formalistik. Oleh itu, seseorang pengkarya sepenuhnya menumpukan perhatian terhadap teori-teori seni yang hendak diterapkannya dalam karya seninya. Antaranya ialah unsur-unsur seni, prinsip rekaan dan organisasi rekaan. Dalam unsur-unsur seni kita dapat lihat beberapa elemen penting yang harus diterapkan dalam karya tersebut seperti garisan, ruang, rupa, jalinan, warna dan bentuk. Manakala dalam prinsip rekaan juga, elemen yang harus ada seperti harmoni, kepelbagaian, kesatuan, pencahayaan, imbangan, kontra dan pergerakan. Selain itu, dalam organisasi rekaan juga merujuk kepada perkembangan seni kraf dan warisan serta perkembangan persatuan, institusi dan galeri-galeri seni.

Pendekatan Kritikan Seni ( KRITIKAN TEORI)

Kritikan Teori (Theoretical criticism)
Kritikan teori lebih menumpukan kepada aspek teori dan metodologi. Prinsip-prinsip teori akan dikemukakan dengan lebih jelas dan terperinci. Penguasaan ilmu teori bukan sahaja kepada pemahaman tentang unsur-unsur seni, prinsip rekaan dan struktur rekaan semata-mata tetapi lebih jauh daripada itu. Pengkritik seni mestilah menguasai sebanyak mungkin ilmu bantu seperti pendidikan asas senilukis dan senireka, sosiologi, psikologi, falsafah seni, metodologi seni, perkembangan seni pra-sejarah, perkembangan seni eropah dan asia, seni islam selain perkembangan seni tempatan. Malahan pengkritik seni sewajarnya melengkapi ilmu teori ini selari dengan perkembangan seni semasa sama ada berlaku di luar atau dalam negara.
Kritikan jenis ini banyak tertumpu kepada aspek-aspek teori sahaja. Terutamanya ia banyak tertumpu kepada teori-teori seni dan prinsip rekaan. Penguasaan pengkritik terhadap aspek teori mliputi kaedah formalistik. Oleh itu, seseorang pengkarya sepenuhnya menumpukan perhatian terhadap teori-teori seni yang hendak diterapkannya dalam karya seninya. Antaranya ialah unsur-unsur seni, prinsip rekaan dan organisasi rekaan. Dalam unsur-unsur seni kita dapat lihat beberapa elemen penting yang harus diterapkan dalam karya tersebut seperti garisan, ruang, rupa, jalinan, warna dan bentuk. Manakala dalam prinsip rekaan juga, elemen yang harus ada seperti harmoni, kepelbagaian, kesatuan, pencahayaan, imbangan, kontra dan pergerakan. Selain itu, dalam organisasi rekaan juga merujuk kepada perkembangan seni kraf dan warisan serta perkembangan persatuan, institusi dan galeri-galeri seni.

TEORI KRITIKAN SENI

Teori Kritikan Seni
Kritik seni sudah lama dikenali dalam dunia seni mahupun sastera. Dalam dunia pendidikan mahupun penelitian sudah banyak diterapkan. Walaupun semula, seperti sifatnya yang evaluatif, pendekatan kritik seni digunakan untuk penelitian evaluatif, namun dalam perkembangannya dapat digunakan untuk jenis penelitian lainnya baik penelitian dasar maupun terapan karena sebenarnya dalam pendekatan ini ada aspek deskriptif, interpretatif, dan aspek evaluatif. Kritikan seni ini biasanya digunakan oleh seseorang atau penilai sesebuah karya seni untuk mengkritik karya seni.

Pendekatan kritikan seni yang dalam analisisnya menggunakan tiga faktor seperti faktor genetik, objektif, dan afektif dapat memecahkan masalah penelitian secara komprehensif seperti sifat penelitian kualitatif yang fenomenologis dan hermeneutik. Sifatnya yang lentur, pendekatan ini dirasai sangat aplikasi untuk penelitian-penelitian pada umumnya lebih khusus lagi untuk penelitian dalam cabang ilmu humaniora. Apabila membicarakan bidang kritikan seni, kita perlu mengetahui jenis-jenis kritikan yang tersedia ada. Kritikan boleh dibahagikan kepada tiga jenis yang utama iaitu, kritikan teori (Theoretical criticism), teori amali (practical criticism), teori terapan (applied criticism).

Banyak definisi yang berhubungan dengan kritikan seni teori yang dikemukakan oleh para ahli. Wikipedia (2006) mendefinisikan secara umum bahawa “art criticism is the written discussion or evaluation of visual art. Art criticism usually criticize art in the context of aesthetics or the theory of beauty. Kritikan seni merupakan diskusi tertulis atau evaluasi tentang seni visual. Kritikan seni biasanya mengkritik seni dalam konteks keindahan atau teori tentang keindahan. Menurut Wikipedia, kritikan seni ini sudah menjadi genre tersendiri yang merujuk pada sebuah pembelajaran seni yang sistematik yang diciptakan oleh para ahli. Definisi yang lebih teperinci juga dikemukakan oleh Swarts (2001) yang menjelaskan bahawa “art criticism is the process of analyzing, and interpreting works of art in terms of form, content, and context”. Kritikan seni adalah sebuah proses menganalisa dan menginterpretasi karya seni dalam hal bentuk (form), isi (content), dan konteks (konteks). Bentuk (form) dapat didefinisikan sebagai elemen karya seni yang bebas dari maknanya (misalnya warna, komposisi, atau ukuran pada sebuah bendera). Bentuk ini lepas dari emosi mahupun simbol yang melekat pada bendera tersebut.

Kritikan teori menyokong keterbukaan, yang secara terus menerus berproses sendiri, dan akhirnya memberi kontraversi pada reformasi sosial. Jelaslah bahawa jika kritikan seni mengajak persepsi, pemikiran, perasaan, dan imaginasi, sementara kritikan tersebut menyokong sebuah keterbukaan, dan dengan sendirinya terus menerus berproses, maka perkara ini dapat menjadi formula yang baik untuk sebuah pengalaman belajar. Dalam sejarah kritikan, terjadi perbezaan pandangan mengenai sumber nilai yang paling penting. Dalam menyingkapi pandangan atau teori-teori seperti di atas setelah mengkaji hal tersebut, Sutopo (1988, 1989) membagi tiga aliran utama iaitu kelompok kritikan genetik, kelompok kritikan fomalistik atau kritik intrinsik, dan kelompok kritikan emosional.

KRITIKAN SENI TAMPAK DI MALAYSIA

Seni tampak atau seni visual telah lama berkembang di Malaysia. Adalah dipercayai lebih dari 200 tahun dulu. Namun kewujudan seni ini hanya menjadi satu kepentingan pada negara mulai tahun 1930-an saja. Melihat kepada kepentingan seni ini, tidak ada satu kajian khusus dilakukan terhadap kepentingan kritikan seni. Sudah sampai masanya bidang kritikan seni perlu dikaji dengan lebih mendalam lagi. Tujuan utama kajian ini di peringkat awal ialah untuk meninjau sejauhmanakah perkembangan kritikan seni telah berlaku dalam dunia seni tampak di Malaysia khususnya seni catan. Apakah kritikan seni dapat menyumbang ke arah kemajuan atau di sebaliknya dalam arus perkembangan seni catan. Bagaimana penerimaan artis terhadap peranan kritikan seni ini. Hasil kajian ini juga akan menjadi faktor menentukan sejauhmanakah kritikan seni dapat memainkan peranan penting dalam perkembangan seni catan di Malaysia.